.


No:4, Bazar Wakaf Masjid Darul Ehsan, SS15/2E Subang Jaya, Selangor, Malaysia
(dalam kawasan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Masjid berhadapan Subang Parade)
Hp:Whatsapp: +60163306300
e: kedaibuku.alsunnah@gmail.com

بسم الله الرحمن الرحيم ~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buku-buku dipaparkan juga boleh dibeli/order secara online, hantarkan email kepada kedaibuku.alsunnah@gmail.com untuk mendapatkan status stok, kos penghantaran dsbnya. insha ALlah kami berusaha untuk menjual buku-buku Ahli Sunnah Wal Jama'ah terbitan tempatan dan luar negara. Jika ada buku yang tidak diketemukan di sini, kemungkinan ada di kedai kami, jika tidak insha ALlah kami usahakan untuk mendapatkan buku2 tersebut, sila email kami.
(buku2 juga boleh dilihat >> di sini)
Mengharapkan keredhaan ALlah SWT dan sokongan serta doa' para sahabat, muslimin & muslimat dalam menjayakan dakwah Islamiyyah.

Sumbangan/Derma/Infak untuk dompet/majukan dakwah ASWAJA... kami perlu sokongan anda dari sudut pembelian, infaq untuk meneruskan usaha ini.
Ahl as-Sunnah wa’l-Jamā'ah أهل السنة والجماعة ‎
Membangun Kedai Buku & Dakwah Al Sunnah ~ Maybank 162106407015

Kategori Buku - Barangan

Isnin, 18 April 2011

tiada unifi, streamyx dsbnya...

Salaam.. kepada yg membaca jika ada.. sudah lama tak update blog al sunnah.. kerna terlalu sibuk berniaga di luar juga kerna tiada akses internet di rumah..hanya di kedai yang juga terbatas (tumpang tuan bangunan)... hari ni je tiada berniaga, ada ruang masa untuk mengupdate apa buku yang masih ada di kedai secara berdikit-dikit...

Kedai Buku Al Sunnah sudah masuk tahun 1... insha ALlah dengan redha dan izin ALlah SWT, dengan kecintaan RasuluLlah SAW atas usaha2 yg lemah ini, dengan doa para Habaib, Ulamak dan muslimin muslimat..harapan agar masuk tahun ke 2 dan seterusnya... akan tetapi.. cabaran2 yg tak dapat nak dielakkan... kemungkinan besar, kodai buku akan beransur-ansur tutup/pindah atau.. apa.. WALlahu'alam... harapan besar kami agar kedai Buku Aswaja Al Sunnah terus mendapat sokongan dari sudut pembelian, infaq, doa dsbnya...

Kekurangan pembeli, ketinggian masyarakat mengharapkan pemotongan harga mengecilkan keuntungan sedikit yg sudah sedia ada.. yg dengannya untuk membiayai sewa kedai, bill, hutang, gaji pekerja, belian buku2 baru, sara hidup keluarga... Buku Agama tidak popular, lebih-lebih lagi buku-buku agama berjudul Habaib, Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Tasawwuf, Fiqih dsbnya.. pada masyarakat umum, dari pengalaman berniaga... buku agama dinilai paling bawah sekali kedudukannya.. bayangkan, majalah hiburan pun tak diminta diskon, tapi majalah agama, walaupun murah pun diminta diskon, itu belum lagi buku2.. tidak salah meminta diskon tetapi berpada-padalah juga, ikut kesesuaian... jangan sampai merendahkan ilmu ALlah SWT yg dikarangkan oleh para Ulamak juga mematahkan semangat org yang berniaga...

 Semoga ALlah SWT memberi kita hidayah dan kekuatan dalam meneruskan sisa-sisa hidup di dunya ini.. semoga kecintaan kita tinggi kepada junjungan besar kekasih ALlah SWT, RasuluLlah SAW juga kepada para ahlul bait, para sahabat dan para ulamak... WALlahu'alam..... al fagir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan