.


No:4, Bazar Wakaf Masjid Darul Ehsan, SS15/2E Subang Jaya, Selangor, Malaysia
(dalam kawasan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Masjid berhadapan Subang Parade)
Hp:Whatsapp: +60163306300
e: kedaibuku.alsunnah@gmail.com

بسم الله الرحمن الرحيم ~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buku-buku dipaparkan juga boleh dibeli/order secara online, hantarkan email kepada kedaibuku.alsunnah@gmail.com untuk mendapatkan status stok, kos penghantaran dsbnya. insha ALlah kami berusaha untuk menjual buku-buku Ahli Sunnah Wal Jama'ah terbitan tempatan dan luar negara. Jika ada buku yang tidak diketemukan di sini, kemungkinan ada di kedai kami, jika tidak insha ALlah kami usahakan untuk mendapatkan buku2 tersebut, sila email kami.
(buku2 juga boleh dilihat >> di sini)
Mengharapkan keredhaan ALlah SWT dan sokongan serta doa' para sahabat, muslimin & muslimat dalam menjayakan dakwah Islamiyyah.

Sumbangan/Derma/Infak untuk dompet/majukan dakwah ASWAJA... kami perlu sokongan anda dari sudut pembelian, infaq untuk meneruskan usaha ini.
Ahl as-Sunnah wa’l-Jamā'ah أهل السنة والجماعة ‎
Membangun Kedai Buku & Dakwah Al Sunnah ~ Maybank 162106407015

Kategori Buku - Barangan

Ahad, 4 November 2012

Thariqah Alawiyah 2: Jalan Lurus Menuju ALlah


Thariqah Alawiyah 2: Jalan Lurus Menuju ALlah
Al-'Allamah Al-Muhaqqiq Ad-Da'i IlALlah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith
Penerbit Nafas (kulit keras)
Rm69 ( RM70 anggaran beserta poslaju)
(stock terhad)

"Buku ini adalah sambungan atau jilid kedua kepada terjemahan kitab Manhajus Sawiy, Syarah Ushul Thariqah as-Sadah al-Ba’alawi karya Al-Allamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith

Buku ini merupakan penjelasan yang luas tentang prinsip-prinsip dan jalan menuju Allah melalui Thariqah Alawiyah. Thariqah Alawiyah memiliki lima pilar utama, yaitu; ilmu, amal, wara', khauf (takut), dan ikhlas. Pada buku ini akan mengupas tuntas tentang amal, wara, khauf dan ikhlas.

Buku ini adalah karya seorang ulama besar dari kota Madina Munawwarah, beliau yaitu Al-Allamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith" 

Isnin, 18 April 2011

tiada unifi, streamyx dsbnya...

Salaam.. kepada yg membaca jika ada.. sudah lama tak update blog al sunnah.. kerna terlalu sibuk berniaga di luar juga kerna tiada akses internet di rumah..hanya di kedai yang juga terbatas (tumpang tuan bangunan)... hari ni je tiada berniaga, ada ruang masa untuk mengupdate apa buku yang masih ada di kedai secara berdikit-dikit...

Kedai Buku Al Sunnah sudah masuk tahun 1... insha ALlah dengan redha dan izin ALlah SWT, dengan kecintaan RasuluLlah SAW atas usaha2 yg lemah ini, dengan doa para Habaib, Ulamak dan muslimin muslimat..harapan agar masuk tahun ke 2 dan seterusnya... akan tetapi.. cabaran2 yg tak dapat nak dielakkan... kemungkinan besar, kodai buku akan beransur-ansur tutup/pindah atau.. apa.. WALlahu'alam... harapan besar kami agar kedai Buku Aswaja Al Sunnah terus mendapat sokongan dari sudut pembelian, infaq, doa dsbnya...

Kekurangan pembeli, ketinggian masyarakat mengharapkan pemotongan harga mengecilkan keuntungan sedikit yg sudah sedia ada.. yg dengannya untuk membiayai sewa kedai, bill, hutang, gaji pekerja, belian buku2 baru, sara hidup keluarga... Buku Agama tidak popular, lebih-lebih lagi buku-buku agama berjudul Habaib, Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Tasawwuf, Fiqih dsbnya.. pada masyarakat umum, dari pengalaman berniaga... buku agama dinilai paling bawah sekali kedudukannya.. bayangkan, majalah hiburan pun tak diminta diskon, tapi majalah agama, walaupun murah pun diminta diskon, itu belum lagi buku2.. tidak salah meminta diskon tetapi berpada-padalah juga, ikut kesesuaian... jangan sampai merendahkan ilmu ALlah SWT yg dikarangkan oleh para Ulamak juga mematahkan semangat org yang berniaga...

 Semoga ALlah SWT memberi kita hidayah dan kekuatan dalam meneruskan sisa-sisa hidup di dunya ini.. semoga kecintaan kita tinggi kepada junjungan besar kekasih ALlah SWT, RasuluLlah SAW juga kepada para ahlul bait, para sahabat dan para ulamak... WALlahu'alam..... al fagir

Hidup Sederhana Penuh Berkah

Hidup Sederhana Penuh Berkah
Al-Harits Al-Muhasibi
PT Serambi Ilmu / Pelima Media Sdn Bhd  RM18.00
(TIADA STOCK)

Al-Harits Al-Muhasibi (Tokoh Sufi dengan gelaran "Guru Besar"Para Ulama di Zamannya)
Lahir pada tahun 781 Hijrah di Basrah, meninggal dunia pada tahun 857 Hijrah di kota Baghdad


"Limpahan berkah Ilahi menyegarkan dimensi rohani insan di dalam mengharungi apa jua garis takdir kehidupannya.Ia bebas daripada graviti kebendaan,tiada tertakluk dengan ukuran kaya miskin,lapang sempit,tinggi rendah kedudukan.Kanyanya lunak,miskinya pula tiada meresahkan.Ia menelurkan aroma bahagia tenang,tunduk tawaduk pada hati insani.Ia suatu capital rohani yang mesti dicerap oleh setiap insan...Buku ini menyusun perspektif fikiran,mengadun elemen jiwa dalam suatu kesepaduan syariat buat mengundang berkah dalam kehidupan... "

Jalan Selamat Pulang Menuju ALlah




Jalan Selamat Pulang Menuju ALlah (Kunh Ma la Budda minhu li al-murid)
Sheikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu 'Arabi
PT Serambi / Pelima Media Sdn Bhd  RM16.00

Sheikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu 'Arabi
Lahir 17 Ramadhan 560 Hijrah Murcia, Andalusia - Wafat 22 Rabiul Akhir 638 Hijrah, Damascus

"Untuk mereka merindukan kebahagiaan sejati. Untuk mereka yang mendamba iman yang jernih, khazanah ini sesuai menjadi teman setia mereka"

Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan ini,hakikatnya adalah menjejaki jalan kembali kepada Allah. Sepanjang berjalan,ujian tidak kunjung padam,muncul dari berbagai penjuru,bentuk dan kesanya.Segalanya tertuju kepada hati insan.Ada kalanya kita rebah,ada kala mampu bertahan malah menumpasaknnya,berulang-ulang silih berganti.Di kala itu, barulah kita sedar bahawa jatuh bangun kita dalam mencari jalan pulang kepada Allah adalah suatu perjuangan yang serius,sulit dan menyukarkan namun begitu signifikan.Bersabarlah dalam menempuh badai ujian.Harapan yang tinggal adalah hanya kepada Allah.Jangan sama sekali meremehkan bantuan Allah,kelak malapetaka pasti menimpa...

Khamis, 8 Julai 2010

20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Waljamaah vs Akidah Sesat


20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah vs Ajaran Sesat
Ustaz Ku Muhammad Asmadi b Ku Mohd Saad
Pustaka Al Ehsan   RM18.00 (Ada stock)

"Buku ini diharap dapat menjadi alat rujukan kontemporari kepada umat Islam masa kini. Sudah sampai masanya remaja, muda-mudi Islam dan generasi umat Islam kembali mendekati, memahami dan menguasai kembali akidah Ahli  Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Seterusnya ummah dapat menangkis akidah-akidah , pemikiran-pemikiran ataupun  isme-isme yang boleh menyesatkan sepertimana akidah mujassamah yang sedang berleluasa kini, yang mana doktrinnya telah disempurnakan oleh Wahabi ataupun yang menggelarkan diri mereka pengikut salafi ataupun tajdid, serta ajaran-ajaran sesat yang berleluasa yang boleh menyesatkan akidah umat Islam."

Sabtu, 3 Julai 2010

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj


Kifayah al Muhtaj: Isra'dan Mi'raj
Al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra
(terjemahan oleh al Faqir ilALlah al Ghani Syeikh Muhammad Fu'ad Kamaludin al Maliki)
Sofa Production  RM10.00

"Kandungan kitab yang masih memakai tajuk asalnya, Kifayah al Muhtaj ini, pada asalnya diterjemahkan oleh al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra dari sebuah risalah yang bertajul al Ibtihaj fi al Kalam 'ala al Isra' wa al Mi'raj karangan al Allamah al Muhaddith al Musnid Najmuddin Abi al Mawahib Muhammad ibn Ahmad ibn Ali ibn Abu Bakar al Sakandari al Ghaiti yang wafat pada tahun 981Hijrah dan syarahnya, karangan Syeikh Ahmad Syihabuddin al Qalyubi."
"

Khamis, 3 Jun 2010

6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah



6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah
"Merungkai Masalah Mencari Jalan Penyelesaian Bagi Ummah"
Ustaz Muhadir b Hj.Joll
RM32 (termasuk pos berdaftar) RM33 untuk Sabah/Sarawak - Ada stock

Buku ini mengumpulkan persoalan-persoalan bersifat khilafiyyah. Juga terdapat di dalamnya persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma'kan oleh para ulama'. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama di'amalkan dalam masyarakat Islam di negara Malaysia khususnya  dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi menuduh terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama' muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qura'an, hadith, maupun sumber-sumber istinbath yang lain.

- Memaham makna Bid'ah
- Makna At Tark dan perbahasannya
- Mafhum dan Bentuk Ibadah
- Kedudukan Hadith Dha'if
- Makna Ikhtilaf
- Menghormati pendapat Ulama'

Bacaan sesuai bagi semua peringkat umur muslimin dan muslimat.