.


No:4, Bazar Wakaf Masjid Darul Ehsan, SS15/2E Subang Jaya, Selangor, Malaysia
(dalam kawasan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Masjid berhadapan Subang Parade)
Hp:Whatsapp: +60163306300
e: kedaibuku.alsunnah@gmail.com

بسم الله الرحمن الرحيم ~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buku-buku dipaparkan juga boleh dibeli/order secara online, hantarkan email kepada kedaibuku.alsunnah@gmail.com untuk mendapatkan status stok, kos penghantaran dsbnya. insha ALlah kami berusaha untuk menjual buku-buku Ahli Sunnah Wal Jama'ah terbitan tempatan dan luar negara. Jika ada buku yang tidak diketemukan di sini, kemungkinan ada di kedai kami, jika tidak insha ALlah kami usahakan untuk mendapatkan buku2 tersebut, sila email kami.
(buku2 juga boleh dilihat >> di sini)
Mengharapkan keredhaan ALlah SWT dan sokongan serta doa' para sahabat, muslimin & muslimat dalam menjayakan dakwah Islamiyyah.

Sumbangan/Derma/Infak untuk dompet/majukan dakwah ASWAJA... kami perlu sokongan anda dari sudut pembelian, infaq untuk meneruskan usaha ini.
Ahl as-Sunnah wa’l-Jamā'ah أهل السنة والجماعة ‎
Membangun Kedai Buku & Dakwah Al Sunnah ~ Maybank 162106407015

Kategori Buku - Barangan

Khamis, 8 Julai 2010

20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Waljamaah vs Akidah Sesat


20 Hujjah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah vs Ajaran Sesat
Ustaz Ku Muhammad Asmadi b Ku Mohd Saad
Pustaka Al Ehsan   RM18.00 (Ada stock)

"Buku ini diharap dapat menjadi alat rujukan kontemporari kepada umat Islam masa kini. Sudah sampai masanya remaja, muda-mudi Islam dan generasi umat Islam kembali mendekati, memahami dan menguasai kembali akidah Ahli  Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Seterusnya ummah dapat menangkis akidah-akidah , pemikiran-pemikiran ataupun  isme-isme yang boleh menyesatkan sepertimana akidah mujassamah yang sedang berleluasa kini, yang mana doktrinnya telah disempurnakan oleh Wahabi ataupun yang menggelarkan diri mereka pengikut salafi ataupun tajdid, serta ajaran-ajaran sesat yang berleluasa yang boleh menyesatkan akidah umat Islam."

Sabtu, 3 Julai 2010

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj


Kifayah al Muhtaj: Isra'dan Mi'raj
Al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra
(terjemahan oleh al Faqir ilALlah al Ghani Syeikh Muhammad Fu'ad Kamaludin al Maliki)
Sofa Production  RM10.00

"Kandungan kitab yang masih memakai tajuk asalnya, Kifayah al Muhtaj ini, pada asalnya diterjemahkan oleh al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra dari sebuah risalah yang bertajul al Ibtihaj fi al Kalam 'ala al Isra' wa al Mi'raj karangan al Allamah al Muhaddith al Musnid Najmuddin Abi al Mawahib Muhammad ibn Ahmad ibn Ali ibn Abu Bakar al Sakandari al Ghaiti yang wafat pada tahun 981Hijrah dan syarahnya, karangan Syeikh Ahmad Syihabuddin al Qalyubi."
"

Khamis, 3 Jun 2010

6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah



6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah
"Merungkai Masalah Mencari Jalan Penyelesaian Bagi Ummah"
Ustaz Muhadir b Hj.Joll
RM32 (termasuk pos berdaftar) RM33 untuk Sabah/Sarawak - Ada stock

Buku ini mengumpulkan persoalan-persoalan bersifat khilafiyyah. Juga terdapat di dalamnya persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma'kan oleh para ulama'. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama di'amalkan dalam masyarakat Islam di negara Malaysia khususnya  dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi menuduh terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama' muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qura'an, hadith, maupun sumber-sumber istinbath yang lain.

- Memaham makna Bid'ah
- Makna At Tark dan perbahasannya
- Mafhum dan Bentuk Ibadah
- Kedudukan Hadith Dha'if
- Makna Ikhtilaf
- Menghormati pendapat Ulama'

Bacaan sesuai bagi semua peringkat umur muslimin dan muslimat.

Khamis, 14 Januari 2010

Sejarah & Keagungan Madzhab Syafi'i


Sejarah & Keagungan Madzhab Syafi'i
KH Siradjuddin Abbas
Pustaka Tarbiyah Baru   RM29.90 - Ada stock

"Buku karya KH Siradjuddin Abbas, figur Ulama yang tidak asing lagi di kalangan Ulama' Ahli Sunnaj Wal Jama'ah Nusantara... membicarakan antaranya mengenai Madzhab Syafi'i, sejarah Imam Asy-Syafi'i, sejarah pembentukannya, sejarah mengalirnya ke seluruh dunia, khususnya di Indonesia, serta sejarah suka duka dan keagungannya. Selain dari itu dibicarakan juga soal-soal yang bertalian dengan Ijtihad dan Mujtahid, dengan ittiba' dan taqlid, soal fatwa dan Madzhabab, Soal Mujtahid gadungan dan Mujtahid yang benar yang bersangkut paut dengan Madzhab Syafi'i"